PENGENALAN
Kemampuan berbahasa adalah cara menggunakan bahasa dalam sesuatu penulisan. Kemampuan itu boleh dilihat dari segi aspek keterampilan iaitu apek mendengar, berbicara, membaca dan menulis. Oleh itu, kemampuan mendengar dan membaca disebut sebagai kemampuan reseptif manakala kemampuan berbicara dan menulis sebagai kemampuan produktif. Kemampuan reseptif dan kemampuan produktif dalam berbahasa merupakan dua benda yang saling mendukung dan saling melengkapi antara satu sama lain. Seseorang penulis yang ingin mengembangkan kemampuannya dalam berbicara dan menulis seharusnya lebih banyak mendengar dan membaca.
Menulis merupakan suatu kegiatan yang produktif dan ekspresif. Dalam aktiviti penulisan ini, penulis harus menggunakan kemahiran grafologi, struktur bahasa dan perbendaharaan kata. Keterampilan menulis ini tidak akan datang secara semula jadi, tetapi mesti melalui latihan dan praktis yang banyak dan teratur.
Dalam kehidupan moden, jelaslah bahawa keterampilan menulis sangat diperlukan. Ini bermakna, ia tidaklah terlalu ketara apabila kita mengatakatakan bahawa keterampilan menulis merupakan suatu ciri berdasarkan tahap pendidikan seseorang. Dengan kata lain, terdapat seseorang penulis yang mengatakan bahawa "penulisan digunakan oleh orang yang berpendidikan untuk mencatat atau merakam, meyakinkan, melaporkan atau memaklumkan dan mempengaruhi serta tujuan sedemikian hanya dapat dicapai dengan baik oleh mereka yang dapat menyusun pemikiran mereka dan menyatakannya dengan jelas. Malah, kejelasan ini bergantung pada minda, organisasi, penggunaan kata-kata, dan struktur ayat " (Morsey, 1976 : 122).
No comments:
Post a Comment