PERANAN DIKSI DAN ANALISIS JENIS AYAT
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2015: 351), diksi didefinisikan sebagai pemilihan dan penggunaan kata yang
tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Dengan
pemilihan diksi yang tepat, akan membuat pembaca akan dapat lebih memahami
makna dan tujuan penulis bagaimana menyampaikan ideanya melalui penulisan atau
karya ilmiah. Diksi juga merupakan pilihan perkataan yang tepat dan konsisten
dalam penggunaannya untuk menyatakan idea atau idea tersebut memberi kesan
tertentu seperti yang diharapkan. Antara fungsi diksi adalah:
(a) melambangkan idea yang dinyatakan secara lisan
(b)membentuk gaya ekspresi yang
betul idea-idea dalam (sangat rasmi, rasmi, tidak rasmi) untuk menyenangkan
pendengar atau pembaca
(c) mencipta
komunikasi yang dan benar
(d) mencipta
suasana yang tepat
(e) menghalang perbezaan dalam tafsiran
(f) mengelakkan salah faham
(g) menyelaraskan
komunikasi kepada sasaran
Syarat-Syarat Diksi
Syarat-Syarat Diksi
Terbahagi kepada dua:
1. Ketepatan - kemampuan sesebuah kata untuk menimbulkan gagasan yang sama pada imaginasi pembaca atau pendengar seperti yang difikirkan atau dirasakan oleh penulis atau pembicara.
2. Kesesuaian - pemilihan kata yang bersesuaian dengan konteks seperti situasi keadaan, sasaran penulis dan lain-lain berdasarkan penulisan atau karya yang ingin dihasilkan.
2. Kesesuaian - pemilihan kata yang bersesuaian dengan konteks seperti situasi keadaan, sasaran penulis dan lain-lain berdasarkan penulisan atau karya yang ingin dihasilkan.
Selain itu, dalam karangan ilmiah, diksi dipakai untuk menyatakan
sebuah konsep, pembuktian, hasil pemikiran, atau penyelesaian sesuatu masalah.
Tuntasnya, diksi merupakan faktor yang penting dalam menentukan sesebuah
karangan.
Dalam kebanyakan bahasa, termasuklah bahasa Melayu, jenis-jenis ayat
secara umumnya dapat dibahagikan kepada empat, di mana ayat itu perlu
bergantung pada lagu bahasa atau intonasi dan juga tujuannya. Antara empat Jenis Ayat yang dimaksudkan ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah
dan ayat seruan.
Ayat penyata merupakan ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan
suatu penyataan atau mengemukakan keterangan
tentang sesuatu perkara. Antara
contoh ayat penyata ialah:
(a) Anam
berasal dari Terengganu.
(b) Kejadian
tanah runtuh telah berlaku di Cameron Highlands.
Ayat Tanya
adalah ayat untuk tujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan. Contohnya,
a)
Mengapakah anda memilih profesion sebagai
seorang guru ?
b)
Bagaimanakah
cara untuk memperkenal tulisan Jawi di peringkat antarabangsa ?
Seterusnya,
ayat perintah kebiasaannya diucapkan
untuk tujuan memberikan arahan atau untuk tujuan menimbulkan suatu tindakan.
Ayat perintah dapat diucapkan sama ada dalam bentuk suruhan, larangan, silaan,
atau permintaan bergantung pada jenis perkataan dalam (perintah yang
digunakan). Contohnya,
a) Sila
senyap ketika berada di dewan peperiksaan.
b)
Dilarang
makan di dalam bilik kuliah.
Ayat
seruan ialah ayat yang diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu
keadaan perasaan seperti marah, takut, geram, takjub dan sebagainya.
Kebiasaannya, ayat seruan berakhir dengan tanda seru (!). Contohnya,
a) Tahniah!
Anda telah berjaya ditawarkan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Bahasa Melayu.
b)
Wah,
cantiknya Puan Marini hari ini !
No comments:
Post a Comment